Saturday, May 31, 2008

WWI Penutup Perang Salib?

WW1-Penutup perang salib?


Menurut Hamka didalam bukunya yang bertajuk Sejarah Umat Islam (1994:649) setelah habis dihalau saki baki tentera muslimin Turki dari bumi Palestin , maka tekeluarlah kata-kata dari perut Edmund Henry Hynman Allenby pemimpin tentera British ketika itu " Sekarang baru selesai perang salib".


Arakian terlunaslah sudah dendam yang bersarang didada bangsa Eropah sejak beratus tahun lamanya. Jadi bagi pihak Eropah, WWI adalah pemutus kepada perang salib. Benarkah?


Tersilap percaturan.

Kesilapan pemimpin Arab pada WWI adalah kerana terlalu mempercayai bangsa Eropah. Manakala fahaman assabiah yang tebal dikalangan puak badwi Arab pula berjaya dimanipulasi oleh Lawrence of Arabia untuk memecah-belahkan kesatuan empayar Islam Ottoman di Semenanjung Tanah Arab.

Menurut sumber risikan, Lawrence dalam diarinya yang bertarikh Januari 1916, menggambarkan pemberontakan Arab (Arab Revolt) seperti berikut:

"pemberontakan Arab ini amat berguna buat kita. Bersuaian dengan matlamat kita untuk memecahkan blok Islam dan seterusnya mengalahkan Empire Ottoman, dan sebab negara yang akan ditubuhkan oleh Sharif Hussein...tidak akan merbahaya kepada kita.

...orang Arab ini lemah dari orang Turki. Jika dikawal dengan betul, mereka ini hanya akan menjadi negara yang pecah-berketak (mosaic), penuh dengan dengki-cemburu di antara satu sama lain dan sememangnya tidak akan bersatu"(Hussein-McMahon Correspondence 1915 and The Arab Revolt)

Tambah lagi dengan kelesuan sistem pemerintahan Khalifah Islam di Turki ketika itu (Hamka, 1994, p649). Saban hari diracun oleh idealogi sekular 'Young Turk' tajaan Freemason, Yahudi dan Bahai yang sememangnya bertujuan untuk menjahanamkan sistem pemerintahan Khalifah Islam Turki. Maka makin mudahlah jarum mereka berjalan.

Kemuncak kepada kehancuran pemerintahan Ottoman adalah apabila gerakan Freemasonry berjaya menyelinap masuk dan mempengaruhi pihak atasan angkatan tenteranya, tidak lain dan tidak bukan iaitu melalui Mustafa Kemal.

Apa cerita Syerif Mekah dan Ibnu Saud?

Secara ringkasnya, Amir Faisal ( anak Syerif Hussein) yang dilantik oleh British untuk menentang tentera Turki setelah dijanjikan pangkat 'King of Syria' dalam 'Dasmascus Protocol 1915-1916' telah berjaya dipermainkan.




Keputusan pihak Syerif Mekah untuk bersepakat dengan puak British diambil setelah Ali bin Hussain (anak sulong Syarif Hussain) mengetahui yang pemerintah Ottoman ingin menggantikan bapanya dengan Ali Haidar (juga dari Bani Hashim) sebagai Syarif Mekah yang baru.


Walaupun telah dinasihati oleh pihak yang mencurigai kejujuran British Kristian, mereka teruskan juga kesepakatan itu. Adalah juga dipercayai, peperangan itu adalah berlandaskan nasionalisma bangsa Arab dan bukan peperangan fisabillillah..


Boleh jadi kerajaan Ottoman ingin menggantikan Syarif Hussain setelah mendapat maklumat tentang niat pemberontakan Syarif Hussain ini sejak awal lagi. Buat pengetahuan pembaca, semasa Khalifah Ottoman memerintah dunia Islam, kepentingan Bani Hashim tetap di jaga malah pemerintahan autonomi di Mekah dan Madinah adalah dibawah seliaan Bani Hashim.


Tetapi malangya, setelah berjaya mengalahkan tentera Ottoman dari tanah Hejaz, baginda Amir Faisal akhirnya disepak keluar oleh British dan Perancis dari Syria lalu dijadikan 'King of Iraq'.



Mengikut cerita, Syerif Mekah ini pada mulanya berperang disamping tentera Ottoman untuk mengusir puak Saud dari Hejaz pada tahun 1910 iaitu sebelum WWI, tetapi kemudian menentang pula kerajaan Ottoman pada WWI disamping tentera British. Satu tindakan politik yang amat sukar difahami.

(Adakah baginda Syarif Hussain sudah dapat meramalkan tentang kejatuhan Khalifah Ottoman ditangan sekular 'Young Turks' ? maka dengan itu baginda ingin berpecah?)

Selepas itu, tanpa sokongan British, bani Hashim dapat dikalahkan kembali oleh musuh utama mereka dari puak Saud. Menyebabkan mereka terhalau keluar dari Mekah pada tahun 1924. Oleh itu berakhirlah sudah pemerintahan Syerif Mekah dari Semenanjung Tanah Arab...kemana mereka?


Apabila sudah tiada penentangan dari pihak Syarif Mekah, maka ibnu Saud diangkat menjadi Raja Hejaz dengan gelaran 'Al-Malik'. Tiada lagi mereka memakai gelaran Sultan.


Lalu ditukar nama kerajaannya yang baru kepada Kerajaan Arabiyah Sa'udiyah. Kerajaan ini diakui 100% kemerdekaannya oleh British, Belanda, Perancis, Italia, Rusia, Turki dan lain-lain. (Hamka, 1994).


Pengiktirafan pihak Eropah inilah titik mulanya kekuasan mutlak ibnu Saud ditanah Arab. Turki waktu itu sudahpun dibawah pengaruh sekular.


Di dalam tahun 1936M terjumpa pula minyak dikawasan Al-Ahsa dan Zahran oleh syarikat Amerika. Sekelip mata kawasan kering-kontang itu mendapat nikmat. Oleh itu raja Badwi - Raja Ibnu Saud menjadi raja terkaya didunia dalam beberapa tahun sahaja. Tidak kurang gembira syarikat-syarikat minyak Amerika-British dan Eropah kerana mendapat laba dari hasil minyak tersebut.


Tidak hairanlah mengapa hubungan raja-raja ibnu Saud ini terlalu akrab dengan Amerika dan British. Boleh jadi termakan budi agaknya.


Seperkara lagi yang patut direnungkan adalah, setelah habisnya WWI, kebanyakkan pemerintahan di negara-negara Islam adalah dengan perkenan dan restu British, bukan lagi berlandaskan sistem pengisytiharan khalifah yang sebenar.



British mungkir janji.

Antara punca sebenar keadaan ini adalah apabila British mungkir janji. Status 'King of Hejaz' seperti yang dijanjikan kepada Syarif Hussein tidak dilunaskan. Rupanya mereka sudahpun berkira-kira dengan Perancis dalam rancangan Skykes-Picot 1915 untuk membahagikan Palestin dan Lebanon jika mereka berjaya mengalahkan Khalifah Ottoman.

Setelah segala perancangan mereka berhasil, British dengan secara licik membawa pihak Amerika menjadi orang tengah untuk menyelesaikan kekalutan dan pertikaian mengenai pembahagian tanah Lebanon dan Palestin. Ternyata puak Arab yang tanpa ketua ini terpaksa menerima apa sahaja cadangan pihak British-France-Amerika tanpa banyak bicara.


Kali ini mereka dibentangkan pula dengan satu pungutan suara menipu yang dinamakan 'King- Crane Commission 1919', yang menyebabkan wilayah Syam terbahagi dua, iaitu Palestin dibawah pemerintahan British manakala Syria Labanon dibawah Perancis. (Hamka, 1994:650).


Apabila British mendapat mandat untuk memerintah Palestin maka mereka pun terus melaksanakan apa yang terkandung dalam 'Deklarasi Belfaour 1917'.


Yang mana dalam deklarasi tersebut, dengan hanya lebih kurang 150 patah perkataan, James Belfaour dengan persetujuan Kabinet Perang England dan dengan perkenan Permaisuri England telah mengiktiraf kewujudan Persekutuan Zionis yang akhirnya menjadi Negara Yahudi.


Sejak itu berduyun-duyunlah Yahudi seluruh Eropah turun berkampung di Palestin. Mereka membuat penempatan haram dan membuat kacau sehingga mengocak kerharmonian yang selama ini dirasai dibawah kepimpinan kerajaan Islam Ottoman.

Tanah Palestin bertukar tangan.


Deklarasi Belfour dan pemberian mandat kepada British menyebabkan kerakyatan negara Palestin bertukar tangan. 90 peratus penduduk asal Palestin yakni bangsa Arab dianggap sebagai rakyat asing manakala pendatang haram Yahudi pula mendapat status peribumi. Ini membuatkan pihak seluruh warga Arab ternganga.


Setelah itu bermulalah pemberontakan demi pemberontakan sehingga membawa kepada peperangan Arab-Israel 1948 yang mengukuhkan lagi cengkaman Zionis dibumi Palestin.


Begitulah cara puak Yahudi merompak tanah Arab palestin. Jadi siapa sebenarnya yang menipu dan pengganas sekarang?


Bangsa Arab tertipu dan tertipu lagi buat selamanya.


Tertubuhnya negara Zionis melalui penipuan terancang inilah yang menjadi musabab yang membawa kepada Perang Enam Hari (P6H) disamping peperangan lain yang tidak pernah kunjung padam sehingga ke hari ini.


Jadi apakah perjanjian damai yang dimetrai oleh pemimpin-pemimpin Arab dan Yahudi selama ini dijamin keihklasannya atau hanya gula-gula sahaja?


Kesimpulan awal.


Perancangan Yahudi dengan proksinya pada WWI akhirnya menjadi iaitu:-
1. Melemahkan pemerintahan Khalifah Islam Ottoman dari dalam dan seterusnya dari dunia Islam,
2. Memperdaya puak-puak Arab untuk memberontak,
3. Secara terancang memadam dominasi Syerif Mekah Bani Hashim dari Tanah Haram,
4. Melantik puak badwi Saud sebagai proksi atau wakil dunia Islam bagi mengganti Syerif Mekah (1924),
5. Menubuhkan negara Zionis ditengah-tengah dunia Arab.
6. Tidak akan sesekali membenarkan umat Islam mengumpul kekuatan untuk bangun semula.


Selanjutnya kisah Perang Enam Hari (P6H)...cubaan Pak Arab mengganyang si Zionis.



Dicatat oleh Herman Abdullah di 19:51 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Label: Artikel, Perspektif, Sejarah Perang, The Malay Press

No comments: