Saturday, May 31, 2008

ISLAM DARI CHINA

ISLAM DARI CHINA

http://www.geocities.com/tamadunislam/islam_dari_china.htm#8.5

[PENDAHULUAN][PERDAGANGAN][PENGSEKETAAN][BUKTI INSKRIPSI][PENAKLUKAN & PERKAHWINAN][DIPLOMATIK]

8. ISLAM DATANG DARI CHINA

Sarjana tempatan dan barat turut bersetuju dengan teori kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah dari negara China. Ini kerana terdapatnya bukti yang menyokong pendapat tersebut. Antara bukti yang menyokong pendapat mereka adalah penemuan Batu Bersurat di Terengganu. Memandangkan Terengganu terletak di panati timur Tanah Melayu, maka dengan terjumpanya batu tersebut di situ menunjukkan bahawa Islam telah sampai dari arah Timur, dan sarjana setuju menyatakan ianya datang dari China, Hainan atau Champa. Walaupun pada batu bersurat itu tertera tulisan jawi, pendapat yang mengatakan bahawa ia datang dari Tanah Arab tidak dapat menyaingi pendapat yanag mengatakan ianya datang dari China. Ini kerana negara China telah pun menerima Islam lebih awal dari negara lain di Timur kerana pada zaman Kerajaan Islam, utusan telah pun dihantar ke China melalui jalan sutera bagi mengembangkan agama Islam.

Hubungan perdagangan antara orang Arab dengan China dikatakan telah berlaku sejak sebelum kelahiran Agama Islam lagi. Mereka membawa barang-barang dagangan seperti bau-bauan, mutiara, dan batu-batu yang berharga di samping membeli mutiara dan tembikar dari China. Perdagangan antara Arab dan China secara tidak langsung mewujudkan hubungan antara orang Arab dan China dengan Kepulauan Melayu.

Menurut laporan orang-orang China Islam, orang Arab-Islam telah pun datang ke negeri China sejak zaman pemerintahan Maharaja Tai Shiung dari Dinasti Pang (627 – 650M). Dikatakan pendakwah pertama datang ke China ialah Wahab bin Abi Kabsyah yang diutuskan oleh Rasulullah SAW, dan sesampainya di Canton beliau meninggal dunia dan dimakamkan disitu. Selain itu, pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, Saad bin abi Waqas dikatakan telah pergi ke China dan telah meletakkan batu asas sebuah masjid di Canton yang terkenal dengan nama Wai Shin-Zi ( Masjid Kenangan Nabi).

Menurut Lui Tahich, seorang penulis China-Islam, melaporkan bahawa selepas Saad bin Abi Waqas pulang ke Tanah Arab, beliau telah tinggal untuk sekian waktu di Canton dan Khalifah Utman sekali lagi mengutusnya ke sana. Beliau dikatakan telah meninggal dunia di Canton dan dikuburkan di sana. Pendapat beliau diragui oleh kebanyakan sejarawan, namun mereka mengakui bahawa Saad bin Abi Waqsas ada melakukan lawatan dan dakwah di China.

Pada tahun 713 M, panglima perang Islam, Qutaibah ibni Muslim telah pun sampai ke sempadan negeri China dan merancang untuk menyerang negeri tersebut. Niatnya terpaksa dibatalkan kerana Maharaja China, Hsuan Tsung (713 – 756 M) memulakan perhubungan persahabatan dengannya, dan tambahan pula peristiwa kemangkatan Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik yang membuatkan beliau membatalkan hasratnya itu. Walau bagaimanapun, kesan daripada hubungan tersebut, Islam telah tersebar di Barat dan Barat Daya negeri tersebut.

Terdapat pelbagai teori dan bukti yang menyokong pendapat yang menyatakan bahawa Islam tersebar ke Alam Melayu adalah dari negara China.

8.1. Melalui kegiatan perdagangan

Kegiatan perdagangan merupakan satu kegiatan ekonomi yang terpenting bagi memperkenalkan barangan negara mereka ke dunia antara bangsa. Melalui China, perdagangan Arab -China sudah lama wujud. Para pedagang China akan keluar mengembara dengan kapal ke negara-negara asing yang menjadi pusat perdagangan. Pada masa tersebut, Alam Melayu merupakan suatu tempat yang strategik kerana di situlah menjadi laluan kapal-kapal pedagang yang sering berualang-alik dari timur dan barat.

Pada masa tersebut, telah pun diketahui bahawa negara China telahpun menerima Islam sejak dari zaman Kerajaan Islam di Tanah Arab lagi. Maka kebanyakan yang mula-mula menerima Islam ialah para pedagang. Dengan itu, para pedagang inilah yang bertanggungjawab menyebarkan Islam ke tempat-tempat lain di dunia ini.

Disamping berdagang, mereka turut mengembangkan Islam ke tempat yang mereka singgah itu, termasuk Alam Melayu. Dengan keperibadian mereka yang tinggi serta akhlak mulia yang ditunjukkan, ini menarik minat masyarakat setempat untuk mendalami agama Islam dan seterusnya menerima Islam sebagai agama mereka.

Dr Abdul Jalil Hasssan,dalam catatan sejarah Chau-Ju-Kua 1225 masihi terdapatnegeri Islam yang disebut sebagai "Fo-Lo-An"iaitu Kuala Berang Terengganu yang menjalankan perniagaan dengan orang Arab di samping Srivijaya.Terdapat batu bersurat yang menunjukkan kedatangan berrah dari China ,ini menguatkan lagi bukti Fatimi dan Dr.Abdul Jalil, di Champa pada tahun 1039 masihi,di Brunei 1048 Masihi,di Leran Jawa 1082 ,di Terengganu 1303 masihi.

Dalam komteks sejarah Malaysia, teori kedatangan Islam dari China ini boleh dikaitkan dengan terjumpanya barang-barang sejarah di Terengganu. Sebenarnya apakah yang menyebabkan para pedagang Arab dari China bertumpu di Terengganu? Antaranya ialah dari segi jalan laut. Terengganu terletak di kawasan jalan laut yang menjadi laluan perdagangan mereka. Dari segi geografinya pula, kedudukan Kuala Berang di tiga kuala suangai amat strategik untuk dijadikan pusat kegiatan perdagangan. Menurut Paul Wheatley, Kuala Berang ini juga dikenali oleh masyarakat China sebagai Fo-Lo-An ( Menurut catatan sejarah Chua-Ju-Kua pada tahun 1225 M, ia hanya menyatakan kawasan Fo-Lo-An adalah sebuah pusat perdagangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara).

8.2. Penghijrahan akibat persengketaan

Menurut Profesor Syed Naquib Al-Attas, telah berlaku pemberontakan di Canton pada 877 masihi yang mengorbankan kira-kira 120 000 hingga 200 000 pedagang yang kebanyakannya beragama Islam Arab dan Farsi. Untuk menyelamatkan diri, mereka telah keluar dari Canton dan membawa diri ke tempat yang lebih selamat. Ada yang dapat menyelamatkan diri dan berhijrah ke Kalah iaitu nama lama bagi Kedah. Peristiwa berdarah ini berlaku pada tahun 878 M, pada zaman perintahan Maharaja His Tsung.

Begitu juga pada akhir Dinasti T’ang (618 – 905 M) berlaku satu pemberontakan lain di wilayah Yang Chow, yang mengakibatkan seramai 5000 orang rakyat asing dibunuh.

Selain pemberontakan yang berlaku di Canton, yang melihat pengusiran orang Islam, penghijrahan orang Islam juga disebabkan oleh serangan oleh Kerajaan asing yang ingin menakluki sesuatu kawasan ataupun oleh Kerajaan yang membenci Islam. Penganut Syiah Alawiyah dari Damsyik telah melarikan diri dari negara asal mereka hingga ke Champa akibat tekanan oleh Kerajaan Islam pada masa itu telah melahirkan suatu masyarakat yang kemudiannya dikenali sebagai Bani Champa (1000 – 1471M). Walau bagaimanapun, kewujudan mereka di Champa tidak kekal lama apabila Kerajaan Annam menyerang mereka yang memaksa mereka melarikan diri sekali lagi. Kali ini mereka berjaya tiba ke Acheh. Maka, dengan itu, Islam berkembang pula di Acheh dan negeri-negeri sekitarnya.

Sehubungan dengan peristiwa itu menjadikan orang-orang Arab-Islam melarikan diri bagi kali keduanya berlindung di daerah-daerah Nusantara. Kedatangan mereka bukan sahaja mencari perlindungan, bahkan memperkenalkan dan mengembangkan agama Islam di rantau ini. Berpandukan kepada hakikat itulah yang mendorong para sejarawan mendakwa Islam itu datangnya dari Negara China.

8.3. Bukti-bukti inskripsi

Di Champa terdapat dua inskripsi yang menguatkan lagi dakwaan sesetengah ahli sejarah mengenai kedatangan Islam di bawa dari daerah tersebut.Terdapat sebuah batu nisan yang bertulis"Khat Kufi" bertarikh 1039 masihi dah sebuah Monument "tugu"bertarikh 1025 masihi .Pada Meonument tersebut terdapat catatan yang berhubung dengan hukum-hukum Islam

Selain itu, terdapat sebuah batu nisan yang dikatakan seorang wali Allah keturunan Arab, bertarikh 419 H / 1028M yang dijumpai di Pekan, Pahang. Batu Bersurat Terengganu yang dijumpai di Kuala Berang bertarikh 702 H / 1303 M juga dikatakan bukti yang kukuh. Antara kandungan pada batu bersurat itu ialah ayat Al-Quran dan arahan-arahan yang dikenakan ke atas orang Islam supaya mematuhi hukum Allah. Lebih-lebih lagi terdapat dalam catatan Dinasti Sung (960 – 1260 M) bahawa kedatangan Islam ke Nusantara melalui sepanjang pantai laut China dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari Tiongkok di awal tahun 977 M. Laporan ini menjadi pegangan kuat SQ Fatimi bagi membuktikan teori kedatangan Islam dari China selain dari dua batu nisan tersebut.

Bagi menguatkan lagi pernyataan teori tersebut ,Winsted telah mengesahkan tentang wujudnya persamaan mengenai cerita-cerita rakyat antara dua daerah tersebut(mengenai Champa dan Tanah Melayu).Berdasarkan laporan sejarah terutamanya catatan China sejak zaman Khulafa Al-Rasyidin .Kerajaan Bani Umaiyah dan juga Abbasiah jelas kelihatan bahawa orang Arab -Islam telah pun bermastautin.Begitu juga dengan Champa yang tidak kurang juga dengan laporan dan prasasti bagi membuktikan kebenarannya.

Selain itu, kisah perdagangan di antara saudagar Oman dengan saudagar China di Kedah tercatat dalam karangan seorang pelaut Arab yang bernama Sulaiman di dalam kitabnya Akhbar-Al-Sinwal-Hind (851 M). Di dalamnya tercatat nama-nama seperti Ramni (Lamiri), Barus (Fansur). Disamping itu, Ibn Khordadheh juga ada menyebut nama-nama pelabuhan yang dinyatkan di atas dalam kitabnya yang berjudul Kitab Al-Masalik Wal-Mamalik.

8.4. Penaklukan dan perkahwinan

Selain dari China ,ada pula teori yang mengatakan ianya dibawa dari Champa atau Kemboja.Menurut R.A Kern, orang-orang Islam di Nusantara berasal dari IndoChina dalam kurun ke-7 masihi. Perhubungan itu berdasarkan kepentingan penaklukan dan perkahwinan terutamannya di antara keluarga Diraja .Ada pula terdapat dalam sumber China,bahawa Phanrang telah pun menerima Islam sejak tahun 960 masihi lagi iaitu semasa pemerintahan Dinasti Sung.

8.5. Perkembangan melalui Diplomatik

Sumber-sumber dari China mencatatkan bahawa terdapat satu utusan dari negara Islam Nusantara yang dikenali sebagai P’o-ni pada tahun 977 M dan diketuai oleh P’u-A-Li. Dua orang pengkaji sejarah iaitu, Hirth dan Rockhill percaya bahawa utusan diraja yang dimaksudkan itu ialah Abu Ali dari Berunei.

Dalam buku “The History of Yuan Dynasty” pula ada menyebutkan tentang kedatangan Hassan dan Sulaiman dari Su-Mu-Ta (Samudra) yang menghadap Raja China pada tahun 1282. Bukti-bukti tersebut menunjukkan bahawa masyarakat Nusantara telah menerima Islam dalam tempoh yang awal daripada tarikh pengislaman Melaka kerana hasil dari hubungan rapat dengan China.

Bukti-bukti lain yang menunjukkan agama Islam di sini ada hubungannya dengan China ialah wujudnya hubungan yang erat antara negeri China dengan beberapa buah negeri Nusantara ini. Menurut Ensaiklopedia Islam ( Hal 261 – 462) dikatakan bahawa catatan China mengatakan semenjak kurun ke-7M. penduduk-penduduk China memanggil penganut agama Islam di Nusantara sebagai “Tachi” (Tashi)

Hasil daripada hubungan diplomatik inilah maka penduduk Islam di China merasakan bahawa Asia Tenggara adalah tempat yang paling selamat bagi mereka apabila kedudukan mereka terancam di China. Sebagai contohnya, pada tahun 748 M, ramai penduduk Parsi dan Arab di Hainan dan Canton telah merasa tidak puas hati dengan perintah mereka dan menyebabkan mereka memberontak dan keluar ke negeri-negeri di Asia Tenggara.

[PENDAHULUAN][PERDAGANGAN][PENGSEKETAAN][BUKTI INSKRIPSI][PENAKLUKAN & PERKAHWINAN][DIPLOMATIK]

No comments: